Tetamu Meja Beradab.

Tuesday, 15 November 2011

IKAN KERISI MASAK TAUCU



Update blog ni sambil tengok MASTERCHEF...... dyorang tengah kelam kabut nak masak aku dah tersandar kekenyangan...... malam ni juadah dinner aku adalah ikan kerisi masak taucu dengan kambas goreng pedas tapi aku nak showkan si kerisi ni dulu...... PRINCE ingat ikan talapia sebab ikan ni kaler merah sebenarnya ikan kerisi... tertipu dia..hehe....





BAHAN-BAHANNYA:

3 ekor ikan kerisi di siang dan di bersihkan.
6 tangkai cili api ~ di tumbuk
3 ulas bawang kecil ~di tumbuk
2 ulas bawang putih ~di tumbuk
Setengah labu bawang besar di potong bulat
1 sudu besar taucu
1 keping asam gelugor
Setengah cawan air



CARA-CARANYA:

1.Ikan yang telah di basuh bersih di perap dengan kunyit dan garam halus sekejap kemudian di goreng separuh garing.....ketepikan.
2.Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan dan berbau wangi.
3.Setelah bahan tumbuk garing masukkan taucu kacau rata dan masukkan air, asam gelugor ...biarkan hingga air mendidih.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan bawang besar biarkan sekejap hingga kuah mendidih lagi kacau rata dan rasa masinnya jika ok bolehlah di tutup api dan di hidangkan. Garam tak di perlukan kerana taucu sudah masin.

Friday, 11 November 2011

MASAK LEMAK LABU DAN SAMBAL GESEK.




Kebiasaannya kalau aku ke pasar aku akan beli labu yang bersaiz kecil itupun cuma setengah ataupun 1/4 bahagian sahaja ...... tak pernah beli yang bersaiz besar ataupun sebiji sebab tak mahu buah labu tu rosak dan membazir sebab aku cuma nak buat masak lemak sahaja...... tetapi lepas aku merayau dari blog ke blog aku tengok berbagai-bagai juadah yang senang dan ringkas boleh di sediakan dari sebiji buah labu....... kerana keluarga aku ni kecik jadinya sebiji labu tu mungkin aku boleh pelbagaikan dengan masak lemak labu, lepat labu ,cengkodok labu , koci labu ,kaswi labu ataupun pengat labu.... yang pentingnya kami sekeluarga tak ada masalah ANGIN untuk menghabiskan sebiji labu itu .

BAHAN-BAHANNYA :

1/2 biji labu di buang kulit & biji dan di bersihkan dalamannya
4 ulas bawang kecil ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
sedikit ikan bilis
Santan secukupnya
2 helai daun kunyit ~ di koyak dua
garam secukup rasa


CARA-CARANYA:

1. Labu yg telah di buang kulit dan biji tadi di potong kecil dan di basuh dengan air.
2. Campur semua bahan-bahan termasuk labu tadi dan jerang atas api sambil di kacau selalu hingga santan mendidih. Bila dah mendidih sesuaikan rasa garamnya dan bolehlah di hidangkan bersama nasi panas dan hidangan yg lain.




Kebiasaannya kalau buat masak lemak ni memang tak pedas jadi bila makan tu memang ada yang kurang bila tak terasa kepedasn cili api lebih-lebih lagi bagi orang-orang yang dah biasa makan pedas macam lidah aku ni...... rasa macam ada yang kurang je kalau tak terasa kepedasan tu.... jadi aku gabungkan masak lemak labu tu dengan sambal gesek..... rasanya orang-orang nogori memang kenal betul dengan sambal ni dan semua orang boleh buat sebab ia sambal hidup dan senang tak perlu di tumis-tumis bagai.

BAHAN-BAHANNYA:

Cili api (ikut kepedasan yg di kehendaki)
ikan bilis
garam
beberapa biji limau kasturi ataupun limau nipis.



CARA-CARANYA:

Tumbuk lumat garam dan cili api..... basuh ikan bilis dan tumbuk bersama cili api tadi  .... masukkan bahan tumbuk dalam piring dan perah beberapa biji jus limau kasturi ataupun nipis kedalam sambal.... kacau rata dengan sudu dan sesuaikan rasa masam dan pedasnya seperti dikehendaki..... ada orang guna limau nipis ada juga limau kasturi terpulanglah ....... dan sambal ni memang sangat pedas sesuailah di lawankan dengan masak lemak putih.

Wednesday, 9 November 2011

DAGING MASAK LOMAK CILI API.




Tu diaaaaaa...... daging maaasak lomak cili api.....fresh dari dapur aku....daging pun daging fresh jugak...... nak perabihkan daging korban hari tu petang tadi lik kerja aku masak lomak cili api daging korban tu atas permintaan anak-anak aku...... malam ni line cantik pulak cepat je dapat upload gambar terkini ni tak payah nak tunggu setengah jam untuk sekeping gambar...... tu yang bersemangat tu hidangkan hidangan segar dari dapur tuan rumah tak payah tunggu esok-esok kat opiskan...hehe..

Macam biasalahkan kalau orang nogori masak lomak cili api mestilah ada bahan-bahan kat bawah ni :

Daging segar di hiris nipis dan di basuh bersih.
15 tangkai cili api ikut kepedasan yg di kehendaki ~ di tumbuk
1 inci kunyit hidup ~ di tumbuk
2 batang serai ~ di tumbuk
Santan segar secukupnya
2 biji ubi kentang di belah empat
Garam
1 keping asam gelugor




CARA-CARANYA :

1. Masukkan daging ke dalam kuali atau periuk bersama bahan tumbuk tadi dan biarkan sehingga air daging betul-betul kering dan daging kecut.  Sesekali di kacau agar daging kecut serata .
2. Setelah tiada lagi air daging dalam kuali masukkan santan dan ubi kentang dan kacau selalu agar tidak naik minyak ataupun santan berketul.Masukkan sekali asam gelugor kedalam santan .
3. Masak sehingga kuah mendidih dan ubi kentang cukup empuk. setelah ubi empuk perlahankan api dan rasa garam dan asamnya.
4. Jika semuanya ok biarkan beberapa minit dalam kuali dengan  api yg kecil agar kuah  mengelegak kecil sebelum di matikan apinya agar santan cukup masak dan mesra dengan daging.



Masak lomak cili api hidangan tradisi turun temurun orang-orang nogori sombilan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...